Kata-Kata Semangat, Ini Antara Dialog K-Drama Beri Inspirasi Meneruskan Kehidupan

Family & Parenting
20 Oct 2023 • 11:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan sahaja dapat hilangkan rasa bosan, menonton K-Drama juga dapat beri banyak manfaat kepada penontonnya.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 10 dialog daripada K-Drama popular yang boleh beri semangat untuk terus menjalani kehidupan.

Money Heist

image is not available

“Jika kamu terus melarikan diri, ia akan menjadi kebiasaan. Tetapi ia akan menjadi sukar bagi kamu apabila perlu menghadapi masalah pada satu ketika.”

Twenty Five Twenty One

image is not available

“Jangan sesekali lupa bagaimana awak memperoleh peluang baharu. Setiap kali menghadapi kesukaran, ingatkan diri kembali betapa sukar untuk memulakannya.”

Little Women

image is not available

“Oleh kerana mereka kejam, itu bukan sebab saya harus buat benda yang sama. Saya benci perkara sebegitu, dan walaupun saya rasa saya juga berhak untuk menyakiti, tetapi saya tidak berniat untuk melakukannya.”

Business Proposal

image is not available

“Adakalanya manusia melakukan kesilapan. Awak perlu minta maaf, dan ianya kadang-kala membantu untuk menenagkan hati mereka.”

Why Her

image is not available

“Kadang-kadang dalam hidup, kamu rasa hanya perkara buruk yang akan sentiasa terjadi. Tetapi jika bersabar sedikit dan melihat sekeliling, pasti awak akan bersyukur kerana pasti ada orang yang lagi susah dari diri awak. Dan awal akan melihat bahawa ada perkara yang baik berlaku.”

Tomorrow

image is not available

“Kegagalan bermakna awak perlu mencuba lagi dan bukannya terus berhenti. Saya pasti di kemudian hari awak akan berjaya!”

Prison Playbook

image is not available

“Kamu telah melakukan yang terbaik tetapi masih tidak diberi peluang. Inilah realiti di dunia. Anggaplah ia hanya ujian untuk mengajar diri supaya lebih kuat hadapi cabaran.”

Doom At Your Service

image is not available

“Jika berasa sepi, maka teruskan rasa begitu. Jika ada perkara yang sukar terjadi, bertindak seperti ada perkara yang sukar. Jangan berlagak kuat sepanjang masa, ok?”

Run On

image is not available

“Apabila berlari, awak tidak sesekali memikirkan apa yang ada di belakang. Satu-satunya perkara yang penting ialah apa yang ada di hadapan. Biasanya, ia adalah garisan penamat, jadi teruslah berjuang wahai rakan.”

Hometown Cha Cha Cha

image is not available

“Awak pasti akan menghadapi situasi yang tidak dijangka dalam hidup. Walaupun sudah menggunakan payung, awak tetap akan basah kuyup. Jadi angkat tangan dan sambut sahaja hujan itu.”

Sentiasa semangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.