“Kata La Apa Pun” – Hafidz Roshdi Kekal Tenang, Kongsi Video Jumpa Anak Lepas Tumbuk Isteri

Entertainment
2 Mar 2023 • 8:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hafidz roshdi

Pelakon Hafidz Roshdi nampaknya kekal tenang walaupun sudah agak kecoh tentang dakwaan dirinya menumbuk wajah isterinya.

Ketenangan Hafidz itu dapat dilihat dari perkongsiannya di Instagram yang bersama dua orang anaknya, Humairah dan umar. Hafidz berkongsi video itu selepas dipercayai bertengkar dan menumbuk wajah isterinya pagi tadi.

Kala la apa pun. Orang bukan tahu macam mana Abah sayang anak-anak. Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor satu. – Hafidz Roshdi.

image is not available

Bagaimanapun, setakat ini Hafidz masih belum berikan sebarang kenyataan tentang apa yang berlaku antaranya dengan Nurul Shuhada.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.