“Kata Perkahwinan Tak Sah, Anak Kami Tak Sah Taraf” – Isu Lama Tular Semula, Aeril Zafrel Pilih Memaafkan

LocalEntertainment
22 May 2026 • 8:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di Threads, tular semula rakaman sidang media memaparkan pelakon Aeril Zafrel bersama isterinya Wawa Zainal di awal perkahwinan mereka.

Dalam video itu, dapat dilihat para wartawan mempersoalkan perkahwinan Aeril dan Wawa yang ketika itu pernah mencetuskan kontroversi.

Kontroversi menyebabkan Aeril dan Wawa tertekan

View on Threads

Tampil memberi respon kepada isu lama itu, Aeril mengakui dia dan Wawa pernah melalui fasa yang sangat berat susulan dakwaan yang dilemparkan terhadap perkahwinan mereka.

Menurut Aeril, antara perkara yang paling memberi kesan apabila ada pihak mendakwa perkahwinan mereka tidak sah, malah status anak mereka turut dipersoalkan.

Mana Zubir ni sekarang ya? Honestly lepas isu ni saya dengan Wawa hari-hari depresion. Mana taknya diaorang kata perkahwinan kami tak sah, anak kami tak sah taraf. Alhamdulillah Allah masih jaga lagi perkahwinan kami ni.

Luahan itu membuatkan ramai tersentuh kerana di sebalik kehidupan bahagia yang dilihat hari ini, pasangan tersebut rupanya pernah melalui tekanan yang cukup besar satu ketika dahulu.

Pilih untuk memaafkan

Image from: “Kata Perkahwinan Tak Sah, Anak Kami Tak Sah Taraf” – Isu Lama Tular Semula, Aeril Zafrel Pilih Memaafkan
Kredit: Thread Aeril Zafrel

Walaupun isu tersebut pernah meninggalkan kesan mendalam, Aeril dalam hantaran susulan memaklumkan perkara itu sudah lama berlalu.

Malah, dia berkata mereka sudah memaafkan semua pihak yang pernah terlibat dalam kontroversi berkenaan.

Pssttt! Apa pun, sikap Aeril dan Wawa yang memilih untuk memaafkan semua pihak wajar dipuji. Semoga rumah tangga mereka terus dilindungi dan kekal bahagia sampai bila-bila.

Kredit: Thread Aeril Zafrel
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Kata Perkahwinan Tak Sah, Anak Kami Tak Sah Taraf” – Isu Lama Tular Semula, Aeril Zafrel Pilih Memaafkan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved