“Kata Tak Sedap Tapi Sebenarnya Dia Tak Nak Mengaku Sedap Sebab Tak Suka Ira Je” – Ira Kazar Ulas Komen Netizen Tentang ‘Single’ Terbaru

EntertainmentMusic
23 Jan 2025 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, bekas isteri pengarah hebat, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar baru saja mengeluarkan ‘single’ terbarunya yang berjudul Tak Kisah pada bulan dan telah menerima pelbagai respon daripada netizen.

Tak kisah netizen kecam

Sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, Ira memaklumkan dirinya sama sekali tidak kisah dengan kata-kata netizen kerana ia sama sekali tidak menganggunya.

Bahkan merasakan ramai saja yang kata tidak sedap tetapi sebaliknya tidak mahu mengakui lagu tersebut sedap untuk didengari hanya kerana tidak menyukai dirinya.

Ada kata tak sedap tapi sebenarnya dia tak nak mengaku sedap sebab tak suka Ira je.

Ada yang nak berkenalan, suka berkawan saja

Dalam pada masa yang sama, Ira yang kini sudah bergelar seorang penyanyi turut berkata kini dirinya lebih selesa untuk berkawan dengan ramai orang, biarpun ada yang mahu berkenalan.

Sekadar info, Syamsul dan Ira Kazar pernah mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu tetapi sah bercerai talak satu pada 5 September 2024.

image is not available 5 months ago

"Alhamdullilah, Dah Selesai, Minta Maaf" - Respon Ira Kazar Setelah Cerai Talak Satu Dengan Syamsul Yusof