
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Negeri menyemak semula Enakmen Hutan 1968 bagi memasukkan klasifikasi baharu hutan simpan untuk masyarakat.
“Ini bagi menggalakkan masyarakat setempat melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan hutan, selain pertimbangan penempatan masa depan untuk mereka mengikut keperluan dan kesesuaian mereka,” katanya.
Berucap pada majlis Apresiasi Perhutanan di Magellan Sutera Resort di Kota Kinabalu pada 26 Jun, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha Jabatan Perhutanan Negeri dalam melindungi, memelihara dan memulihara hutan di Sabah.
Selepas Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan Enakmen Hutan baru-baru ini, beliau berkata hutan simpan kekal negeri akan meningkat kepada 566.57 hektar.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Hajiji berkata 3.575 juta hektar hutan di Sabah dilindungi sepenuhnya sekarang berbanding 3.574 juta hektar tahun lepas, sambil menambah, ini mewakili 64 peratus daripada keluasan tanah negeri.
Ketua Menteri mahu Jabatan Perhutanan Negeri meningkatkan usaha melindungi hutan Sabah menerusi pelbagai langkah antaranya melalui inisiatif Heart of Borneo (HoB) yang bermula pada 2007 dan inisiatif Forest Beyond Timber yang meneroka potensi menjana hasil bukan dari kayu balak daripada hutan sebagai alternatif kepada mewujudkan pendapatan baru untuk negeri.
“Usaha ini penting untuk menyokong pemuliharaan hutan melalui peralihan daripada bergantung kepada bekalan sumber kayu daripada hutan dara kepada pendapatan bukan berasaskan kayu. “Peralihan ini akan membantu Sabah mengekalkan peratusan litupan hutan. Justeru itu, saya berharap usaha pemuliharaan ini akan diteruskan dengan penuh semangat, kecekalan dan dedikasi agar khazanah hutan Sabah terus terpelihara,” katanya.
Pada malam penghargaan itu, 24 pemegang lesen Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Lestari (SFMLA) dan 13 pengurus kawasan Pengurusan Hutan Lestari (SFM) menerima sijil akreditasi tahun ini daripada Jabatan Perhutanan Negeri atas pencapaian pematuhan.
Ketua Menteri berharap pensijilan itu akan terus memotivasikan syarikat konsesi SFMLA dan pengurus kawasan SFM untuk mencapai sasaran tahun ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
