
Wanita itu menerima tempahan untuk 150 set makan tengah hari oleh seorang individu mendakwa sebagai pegawai tentera
Katerer Dari Sabah Terima Tempahan 150 Set Makanan, Rupa-Rupanya Sekadar ‘Prank’ Sahaja. Dilaporkan seorang wanita dari Penampang, Sabah, telah menjadi mangsa penipuan scammer apabila dia ditipu daripada 150 set makanan yang dipesan oleh ‘pranksters’.
Difahamkan, wanita itu telah menerima tempahan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pegawai tentera.

Dirujuk kepadanya oleh seorang rakan
Menurut laporan, Jolene Robin, berusia 43 tahun, menyatakan bahawa tempahan bernilai beberapa ribu ringgit tersebut dirujuk kepadanya oleh seorang rakan yang pada mulanya menerima tawaran daripada seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai tentera sekitar seminggu sebelumnya.
Difahamkan, individu terbabit telah menempah untuk 150 set makan tengah hari dengan minuman selama tiga hari berturut-turut untuk rekrut baru dalam tentera.

Jolene menyatakan bahawa dia telah meminta deposit, namun berdasarkan pengalamannya sebelum ini menerima tempahan daripada kerajaan, dia tahu bahawa tuntutan pembayaran hanya boleh dibuat selepas pesanan dihantar.
Akibatnya, dia tidak merasa curiga apabila orang itu menjelaskan ketidakupayaan mereka untuk memberikan deposit dan mencadangkan pembayaran secara tunai semasa penghantaran.
Terima panggilan daripada beberapa invididu lain
Pada tarikh penghantaran yang dijadualkan pada 30 Mei, Jolene menerima panggilan daripada individu lain, kononnya dari jabatan yang sama, bertanyakan sama ada dia boleh membekalkan makanan siap untuk dimakan dan 20 karton minuman paket.
Sepanjang proses itu, Jolene telah dihubungi oleh tiga orang berbeza menggunakan nombor telefon yang berlainan.
Tidak biasa dengan pembekal untuk makanan sedemikian, Jolene memaklumkan pemanggil bahawa dia tidak dapat meneruskan pesanan tambahan kerana dana tidak mencukupi untuk pembayaran pendahuluan.
Pada ketika ini, syak wasangkanya mula berkembang. Pada petang ketika pelanggannya sepatutnya mengambil set makanan berkenaan, mereka tidak dapat dihubungi. Jolene kemudian mendapati bahawa semua mesej di WhatsApp telah dipadamkan, dan dia telah disekat oleh individu terbabit.

Berjaya menjual kesemua 150 set makan tengah hari di KDCA
Dalam usaha cepat untuk pulih daripada keadaan itu, Jolene menjemput orang awam yang berminat menerusi media sosial untuk membeli makanan dan minuman di gerainya di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) yang pada masa itu sedang meraikan pesta Kaamatan.
Mujurnya, Jolene berhaya menjual kesemua 150 set makan tengah hari terbabit dengan RM5 setiap satu dan dapat memulihkan kerugiannya.

Tidak lama selepas kisah Jolene tular di media sosial, seorang anggota tentera yang berpusat di Kuala Lumpur tampil mengesahkan bahawa namanya telah disalahgunakan oleh penipu. Difahamakn, sebuah laporan polis juga telah dibuat untuk membersihkan namanya.
Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial daerah telah mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung perkara ini dan sedang menyiasatkan kes.
