Kau Ada Allah? Aku Ada Adab, Doa Ibu Sedang Sedang Berjuang Kanser – Ojen Aiwah

EntertainmentOpinion
15 Jan 2026 • 4:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta mentalnya.

Menerusi beberapa hantaran di platform Threads, Ojen secara terbuka meminta Tareq agar tidak melibatkan isu agama dalam kemelut yang sedang berlaku antara mereka, selain memohon agar gangguan tersebut dihentikan segera.

“Jangan main nama agama. Kau dah kacau mental aku segala sudut. Semua aku buat kau semak, semua salah! Personal aku kau sentuh okay lagi… Kau ada Allah? Aku ada adab.
“Aku ada doa mak aku yang tengah berjuang kanser. Aku ada Allah,” luah Ojen.

image is not available

Dalam hantaran sama, beliau turut menegaskan bahawa tindakan memfailkan saman terhadap Tareq adalah tidak berkaitan isu peribadi, sebaliknya melibatkan jenama perniagaannya.

“Saya saman dia bukan sebab isu peribadi… Dia ada point dan Alhamdulillah saya berubah menjadi lebih baik.
“Saya saman dia sebab dia sentuh jenama saya. Bukan teguran biasa. Attach muka, attach video brand sekali dan that’s so wrong information,” tambah Ojen.

image is not available

Artikel lain: “Nak Saman? Silakan…”- Tareq Fit Tak Takut Ojen Aiwah, Cuma Didik Masyarakat Jadi Sihat

Kenyataan itu menimbulkan perhatian ramai, terutamanya peminat Ojen yang menyatakan sokongan terhadap pempengaruh berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Kejadian ini sekali lagi menimbulkan perdebatan mengenai batasan pengaruh digital dan hak perniagaan di media sosial.

Sumber: Threads ojennaiwahhh_

The post Kau Ada Allah? Aku Ada Adab, Doa Ibu Sedang Sedang Berjuang Kanser – Ojen Aiwah appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved