“Kau Ada Masalah Apa Si*l Dengan Aku” – Tular Rakaman Ali Puteh Mengamuk Di Live TikTok

Entertainment
14 Feb 2023 • 11:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh apabila Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mendakwa ada taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai haiwan selepas bekas kakak iparnya, Hidayah berkunjung ke rumah peninggalan arwah Abam.

Kenyataan yang dibuat Ali mengundang perdebatan kerana ianya merupakan satu tuduhan yang berat dan tak berasas. Ada juga yang menjadikannya sebagai satu jenaka kerana garam kasar bukanlah medium untuk ilmu sihir.

image is not available

Terbaru, seorang pengguna TikTok merakam Ali Puteh mengamuk sewaktu live dipercayai kerana ada netizen mengejek memetik nama bapanya. Dalam video itu, Ali berkata, perbuatan itu adalah sangat biadap.

Ali berkata, jika berjumpa depan-depan, individu biadap itu mungkin dah makan ‘penyepak’ daripadanya. Pelawak ini juga menafikan dakwaan dia ‘koyak’ dengan kecaman netizen, sebaliknya dia marah kerana provokasi yang melampau.

image is not available

Netizen bagaimanapun melabel Ali sebagai seorang yang panas baran kerana melenting dengan komen netizen.

Difahamkan ketika sesi live itu, netizen turut memperlekeh tindakannya mempersoalkan bayaran bil utiliti rumah arwah Abam menyebabkan Ali naik angin.

Kredit: TikTok @akubukanfavourite_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.