“Kau B*gel Jelah!” – Wanita Berhijab Bangga Tayang Otot ‘Biceps’ Di Gimnasium Teruk Dikecam

7 Sep 2022 • 10:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita berhijab melalukan senaman di gimnasium dengan mengangkat dumbbell sambil menayangkan otot di tangan.

Susulan sudah viral di platform tersebut, seorang pengguna di Twitter memuatnaik semula video wanita itu dengan mempersoalkan tindakan dia berhijab, tetapi berpakaian t-shirt tanpa ‘inner‘ hingga menampakkan aurat di bahagian tangan.

Video pendek terbabit menampakkan wanita itu sedang duduk sambil mengangkat dumbbell hingga terlihat otot-otot biceps dia.

Bila melihat di akaun TikTok wanita terbabit, dia telah pun menutup ruangan komen di video itu kerana kemungkinan besar menyedari dirinya dikecam oleh para netizen.

Biarpun mengambil tindakan menutup ruangan komen video terbabit, netizen tetap gigih meninggalkan teguran di video-videonya yang lain.

image is not available

image is not available

Kebanyakkannya netizen berpendapat sekarang ini sudah banyak pakaian sukan mesra hijab dijual di kedai dan ia lebih sesuai untuk dipakai oleh wanita terbabit memandangkan dia berhijab serta melambangkan imej muslimah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Sepatutnya Dalam Islam, Dia Lebih Pentingkan Menutup Aib" - Menteri Agama Saran Puteri Balqis Buat Laporan Polis