“Kau Datang Sini Buat Semak!” – Gagal Bayar Bil Sewa RM124 Selama 8 Bulan, Wanita Duduk PPR Tengking Pihak DBKL

14 Jun 2024 • 11:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini di laman media sosial, tular satu video memaparkan pertengkaran antara seorang wanita dengan pihak DBKL susulan isu tunggakan pembayaran rumah sewa.

Gagal bayar sewa RM124 sebulan

Difahamkan, wanita terbabit sudah lapan bulan tidak membayar bil sewa rumah sebanyak RM124 sebulan.

Dia meluahkan rasa marah terhadap pihak DBKL dengan mendakwa mereka menganggu keluarganya dan turut mengungkit isu lain sebagai tanda bela diri.

Biarpun kadar sewa bulanan tidak mencecah hingga RM200, wanita tersebut berkata dia tidak mampu untuk bayar kerana tidak mempunyai wang.

Wanita keras kepala

Demi menenangkan keadaan yang sudah tegang, pihak DBKL sedia berunding dengan menyediakan pelan ansuran tetapi wanita terbabit tetap dengan pendiriannya.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa berang apabila wanita terbabit enggan mengakui salah sendiri dan menengking pihak DBKL biarpun mereka menjelaskan dengan penuh sopan.

image is not available

image is not available 3 weeks ago

“Demi Tinggal Di Hartamas, Duit Boleh Cari” - Wanita Sanggup Kekalkan ‘Hidup T20’ Walaupun Gaji Bulanan Habis Sepenuhnya