“Kau Delete Jawapan Dia, Jangan Tanya Dia” – Fyna Jawab Isu Bergaduh, Respon Ayda Jebat Curi Perhatian

1 Feb 2023 • 1:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kontroversi tentang perkahwinan Fyna Jebat bersama bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abiddin Hassan sememangnya menjadi perhatian, lagi-lagi selepas dirinya di serang oleh isteri pertama, Datin Zalina.

Susulan itu, tular satu video di platform TikTok memaparkan sesi temubual Fyna Jebat bersama kakaknya, Ayda Jebat menjawab soalan wartawan mengenai isu diserang di restoran mamak, baru-baru ini.

Melalui video tersebut, adik beradik berkenaan memilih untuk tidak menjawab soalan daripada wartawan mengenai hal terbabit.

Biarpun tidak mahu menjawab, Fyna sempat menyuarakan bahawa dirinya tidak terlalu mengambil peduli dengan isu yang berlaku dan tidak kisah dengan kata-kata orang luar.

Barang kali sedar jawapan yang diberi oleh Fyna bakal menimbulkan isu lain, Ayda dengan cepat memotong jawapan adiknya dan meminta agar pihak wartawan tidak mengambil jawapan tersebut dengan serius.

image is not available

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji sikap Ayda Jebat yang kelihatan profesional apabila menjawab soalan wartawan serta terhibur semasa dia menegur adiknya untuk tidak bersuara.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

Fyna Jebat Akui Insiden Bergaduh Dengan Madu Tak Jejas Persembahan - "Saya Tak Terganggu"