Kasih ibu tiada bandingan, namun tidak semua anak menghargainya seperti sepatutnya.
Baru-baru ini, seorang wanita Malaysia dikenali sebagai Agness berkongsi pengalaman menyayat hati di akaun Threads miliknya selepas menyaksikan insiden seorang lelaki menampar ibunya hanya kerana meminta RM1 di hadapan sebuah kedai runcit.
Menurut Agness, kejadian itu berlaku ketika wanita berusia sekitar 60-an berkenaan sedang membuat pembayaran di kaunter kedai, manakala anak lelakinya menunggu di luar. Menyedari kekurangan RM1, wanita itu memanggil anaknya untuk meminta bantuan.
Bagaimanapun, tindakannya dibalas dengan kemarahan apabila lelaki itu membentak, “Kau ingat aku bank? Aku teman kau ke sini pun dah cukup baik!” sebelum menampar muka ibunya di hadapan pelanggan lain.
Pemilik kedai turut menyaksikan kejadian itu dan memaklumkan suasana menjadi tegang, dengan pelanggan lain tergamam melihat perlakuan kasar anak terhadap ibunya.
Tersentuh dengan nasib wanita tersebut, Agness akhirnya mengambil keputusan membenarkan ibu itu membawa pulang barangan keperluan tanpa perlu membayar baki yang tidak mencukupi.
“Tolonglah jangan biadab dengan mak anda atau sesiapa sahaja. Belajar cara hormat orang tua, belajar jadi manusia ada hati,” kata Agness dalam perkongsiannya.
Sumber: Kosmo! Online
The post ‘Kau ingat aku bank?’ – Anak tampar ibu gara- gara RM1 appeared first on The Reporter.




