Pelakon, Lana Nodin Mckienzie, semalam meluahkan ketidakpuasannya terhadap tindakan anggota penguatkuasa yang mengunci tayar kenderaannya yang diparkir di zon larangan.
Menurut luahan yang dikongsikan di Instagram itu, Lana menjelaskan dia pergi ke bank tersebut pada tengah hari Selasa, 6 Februari 2024, untuk mendepositkan sejumlah besar wang tunai. Namun, Lana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan parkir di kawasan sekitar Maybank Melawati.
Lana kemudian mengambil keputusan untuk memarkir keretanya di tempat yang dia rasa tidak mengganggu atau menyekat jalan, daripada parkir di tempat yang jauh dan tidak selamat untuk dirinya yang sedang membawa wang tunai yang banyak seorang diri.
Susah nak dapat parking
“Tengah hari tadi (Selasa 6 Februari 2024), aku pergi bank untuk bank in duit cash yang banyak dan aku seorang diri. Kawasan Maybank Melawati ini memang sangat-sangat susah untuk parking.
“Aku punya cash banyak untuk di bank in dan aku dah pusing beberapa kali (di kawasan ini) susah nak dapatkan parking. Jadi aku pun parking di tempat sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau block mana-mana jalan yang akan menyebabkan kesesakan, dari aku kena parking jauh dan bawa pula duit cash yang banyak seorang diri.”
Kecewa kenderaan lain tak dikenakan tindakan saman
Selepas selesai urusan di bank, Lana mendapati kehadiran anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mahu mengunci tayar kenderaannya.
“Bila aku keluar dari bank, masa itu belum kena saman lagi. Aku explain everything (kepada anggota penguatkuasa) kenapa aku park situ. Dengan muka sombong dan berlagak dia kata, “By right satu minit (dah) kena clamp”.
Lana mengakui dia kecewa dengan tindakan penguatkuasa berkenaan dan mempersoalkan kenapa kenderaan JNT atau orang lain yang parkir di tempat yang sama tidak disaman atau dikunci tayar. Malah, dia turut mempersoalkan sikap anggota terbabit yang didakwa berkelakuan sombong dan berlagak.

“Kalau aku parking dan memang menyebabkan kesesakan jalan, sehingga kereta lain tak boleh keluar ke atau block jalan, aku faham. Yang aku tak faham, tak sampai lima minit aku park untuk ke bank, untuk masukkan duit. Kau beria-ria menjalankan tugas kononnya buat kerja!”
Dakwa anggota terbabit biadab, sombong, bongkak
Selain itu, Lana mendakwa anggota yang dikenali sebagai, Suhkila, tidak menjalankan tugas dengan adil dan pilih kasih.
“Soalan aku, kenapa kau tak saman atau clamp juga van JNT ke atau orang yang park sama di tempat aku parking kereta? Apa alasan kau? Yang ada dalam kereta sekalipun, apa beza dengan aku yang park kat situ tak sampai lima minit pun kau beria nak clamp? Explain kat aku.
“Yang duduk dalam kereta ke, berjam-jam lagi lama dari aku yang park tak sampai lima minit, kau clamp bagai. So apa alasan atau asbab munasabah kau sebagai penguat kuasa? Kau ingat kau pakai uniform, aku perlu berbudi bicara dengan kau ke? Sedangkan kau jalankan tugas pun tak betul, pilih kasih! Kau ingat aku boleh diam?
“So macam ini ke pihak MPAJ jalankan tugas? Aku siap tanya pasal lori JNT, kenapa kau tak clamp macam kau clamp kereta aku? Kau ingat kau pakai uniform, kami ni tak ada hak nak berbunyi ke?
“Kalau nak jalankan tugas dengan betul dan adil, ada orang ke dalam tu dah lebih 10 minit dia park kat situ? Bila aku tanya, kau buat bodoh je, buat-buat tak dengar apa yang aku cakap. Kau memang manusia yang sangat biadab bila menjalankan tugas!
“No wonder ramai yang tak respect penguat kuasa macam ni! Lagi-lagi kau tu perempuan, apa kau pakai uniform tu kau dah cukup sombong, bongkak la dengan muka macam taik kau. Ini ke cara penguat kuasa, lagi-lagi kau tu bangsa aku! Buat malu sajalah. Tak payahlah pakai uniform kalau kau jenis pilih bulu. Siapa kau nak saman, siapa tak!”
Sumber: Instagram Lana Nodin McKienzie
The post ‘Kau ingat kau pakai uniform aku perlu berbudi bicara dengan kau ke?’ – Lana Nodin tak puas hati kereta kena clamp appeared first on The Reporter.
