“Kau Lagi Kelakor, Makan ‘Job’ Kawan Macam Tu Je” – Shahrol Tempelak Syed Saddiq, Netizen Ungkit Isu Tikam Belakang

21 Oct 2022 • 3:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suatu ketika dahulu, nama Shahrol yang pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan Shiro memang tidak asing dalam dunia hiburan dan lawak tanah air.

Namun, dia kemudian menyepi dan selepas pendedahan dibuat oleh rakannya daripada kumpulan Shiro, Ajak tentang isu ‘tikam belakang’ barulah ramai tahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

image is not available 3 bulan lalu

"Saya Tolak Tawaran ERA Sebab Awak Kata Jangan Terima" - Ajak Shiro Dedah Kisah Lama, Shahrol Rupanya 'Tikam Belakang'?

Dia bagaimanapun masih aktif di media sosial dan lantang bersuara menegur beberapa individu termasuklah Afdlin Shauki sebelum ini.

Terbaru, Shahrol turut menempelak ahli politik dari Muar, Syed Saddiq menerusi satu hantaran di akaun Twitter berkenaan isu berkempen untuk pilihan raya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima banyak kecaman netizen malah kebanyakan daripada mereka turut mengungkit tentang isu lamanya dengan Ajak itu.

Ciapan daripada seorang pengguna Twitter dikenali Afiq Shari meraih perhatian ramai netizen di mana dia memerli Shahrol kerana menikam belakang rakannya sendiri.

Tapi kau lagi kelakor. Makan job kawan kat Era macam tu je.”

Ramai warganet bersetuju dengan ciapan dibuat oleh Afiq itu dan ada yang sempat memerlinya dengan berkata Shahrol kini sudah tiada job sebagai pelawak dan terpaksa join politik pula.