“Kau Masih Tak Faham Lagi Dik” – Netizen Meluat Hafiz Mahamad Masih Rakam Video Di Tanah Suci?

6 Mar 2024 • 9:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hafiz mahamad

Di Instagram, pempengaruh media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad meluahkan rasa penghargaan kepada seorang insan bernama guru yang pernah mendidiknya.

Kongsi Hafiz, dia bimbang kontroversi yang melandanya di tanah suci telah melukakan hati cikgunya itu. Namun, anggapannya salah kerana Cikgu Linda telah memberikan kata-kata semangat dan menasihatinya dengan lembut.

Hafiz sedar dia memerlukan seorang pendidik untuk mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan. Usahawan ini melihat apa yang berlaku adalah satu hikmah dan dia tidak akan berputus asa untuk membuat orang di sekelilingnya bahagia.

Ternyata, perkongsian pempengaruh ini mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Netizen berpendapat Hafiz perlu berlapang dada menerima teguran dan tidak perlu menegakkan benang yang basah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kata mereka lagi, Hafiz masih tidak serik kerana masih merakam video di Tanah Suci dan memuat naiknya di media sosial.

Ada juga sesetengah netizen mempertahankan Hafiz memintanya supaya terus memberi inspirasi kepada orang lain.

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.