“Kau Ni Normal Ke Tak?” – Ceo Helmie Buat Shuib Bengang Sekali Lagi

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tak cukup dengan menggelarkan pelawak, Shuib sebagai kambing hitam, individu yang dikenali sebagai CEO Helmie tampil membuat satu lagi kenyataan yang mencetuskan kemarahan pelawak itu.

Menerusi sebuah hantaran yang telah dimuat naik di Instagram akaun milik Shuib, ia memaparkan individu tersebut kononnya ingin menasihati Shuib supaya menyelesaikan masalahnya bersama para pekerjanya sebelum bersemuka dengannya.

Menurut pelawak itu, akaun TikToknya telah disekat oleh individu tersebut dan mesej yang telah dihantar secara peribadi kepada individu tersebut turut tidak dibalas.

image is not available

Kau ni normal ke tak?

Video tuju untuk aku, tapi kat TikTok kau block aku, dm aku pun kau tak berani nak balas.

InsyaAllah suatu hari kita akan bertentangan mata. Kasar sangat ayat-ayat kau ni wahai sedara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar pelawak itu mengeluarkan saman terhadap individu tersebut ekoran kenyataan yang dikeluarkan agak keterlaluan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 20 hours ago

"Aku Cari Makan Dekat Bubblebee, Kau Buka SSM Tengok Siapa Pemegang Saham" - Shuib Berang Dengan CEO Helmie