“Kau Sendiri Buka Pekung Sebagai Suami ‘Useless’!” – Dakwa Shuhada Sengaja Gugurkan Kandungan, Netizen Kritik Hafidz Roshdi

10 May 2023 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam pelakon sensasi, Hafidz Roshdi membuat satu dakwaan ‘panas’ mengenai isterinya, Nurul Shuhada yang sengaja mengugurkan anak ketiga yang masih dalam kandungan.

Menurut Hafidz, dia juga telah membuat laporan polis kerana mempunyai bukti mesej di yang dihantarkan oleh isteri mengenai tindakan mahu mengugurkan anak dalam kandungan.

Namun, hal tersebut dinafikan sekerasnya oleh Shuhada dan turut berasa kecewa suami mampu menuduh dirinya melakukan perbuatan terkutuk itu.

Berita tersebut telah menjadi perhatian ramai dan rata-rata pertikaikan tindakan Hafidz mengeluarkan dakwaan seperti itu terhadap isteri yang baru saja kehilangan cahaya mata.

Bahkan netizen berkata pelakon lelaki tersebut seakan-akan membuka ‘pekung’ diri sendiri sebagai suami yang tidak berguna terhadap isteri bagi menjaga anak-anak.

Netizen turut merasakan tanggungjawab untuk menjaga anak sepatutnya tidak terletak pada ibu saja dan ia juga merupakan tugas si ayah.

Sekadar info, Hafidz Roshdi memberitahu Shuhada telah menghantar WhatsApp kepadanya hasrat untuk mengugurkan anak dan dia terus membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

image is not available 2 hari lalu

"Shuhada Minta Duit Untuk Gugurkan Kandungan" - Hafidz Roshdi Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Bukti