“Kaulah wanita istimewa…”- Alif Teega bakal lancar lagu bersama Aisyah Hijanah

Music
3 Jan 2024 • 3:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh yang juga usahawan, Alif Teega memaklumkan dia dan isteri pertama, Aisyah Hijanah bakal lancar sebuah lagu berjudul ‘Teristimewa’ beberapa hari sahaja lagi di platform YouTube mereka.

Alif Teega bakal lancar lagu Teristimewa

Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif bin Mohd Hazani menyatakan dirinya tidak sabar untuk melancarkan lagu yang dihasilkan sendiri buat orang ramai.

Malah, dia juga berharap agar lagu Teristimewa yang diciptakan khas buat isteri pertama tercintanya, Aisyah Hijanah yang juga seorang pempengaruh islamik dapat memberikan manfaat buat para pendengar.

“TERISTIMEWA. Alhamdulillah, semoga dapat beri manfaat kebaikan buat semua,”tulisnya ringkas.

Dedah Alif, dirinya amat seronok ketika menulis lirik dan menghasilkan lagu tersebut selain berkongsi beberapa bait-bait lirik karya penuh bermakna tersebut.

Pempengaruh itu juga dilihat berkongsi video pendek memaparkan kemesraan mereka suami isteri dan bersedia menerima kecaman warganet.

Alif juga katanya masih lagi memilih tarikh yang sesuai untuk melancarkan lagu tersebut iaitu sama ada 5 atau 6 Januari 2024 nanti.

image is not available

Kalau istimewa takkan menduakan isteri!

Seperti dijangka, rata-rata warganet dilihat seakan tidak dapat menerima tindakan pempengaruh berusia 30 minit melancarkan lagu berkenaan, lebih-lebih lagi ia ke arah menghargai isteri pertama.

image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, kontroversi melibatkan pasangan pempengaruh berkenaan menjadi perdebatan ramai selepas Alif mengumumkan bahawa dirinya telah berkahwin lain dengan seorang wanita.

Hal tersebut menjadi kecoh apabila ramai yang bersimpati dengan Aisyah memandangkan pasangan tersebut dilihat cukup romantis sejak mendirikan rumah tangga sekitar enam tahun lalu.

image is not available

Sumber: Instagram @alifteega