Kawah Olimpik Tahun Ini Tidak Menggunakan Api Supaya Lebih Lestari

TechnologyDigital
31 Jul 2024 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak Sukan Olimpik moden dianjurkan semula pada tahun 1896, acara menyalakan kawah Olimpik menggunakan obor telah dilakukan. Setiap tahun negara yang menjadi tuan rumah akan melalukan gimik nyalaan kawan yang menarik. Di Olimpik Barcelona 1992 misalnya, kawah dinyalakan menggunakan anak panah yang ditembak dari jauh. Tahun ini Sukan Olimpik Paris melakukan kelainan dengan ia yang pertama tidak mempunyai kawah yang bernyala menggunakan api.

image is not available
Gambar oleh Getty Images

Sebaliknya kawah dilengkapi lampu LED dan pancutan wap air yang membuatkannya kelihatan seperti terbakar. Ini adalah kerana Paris ingin menjadi acara Olimpik yang paling lestari pernah dianjurkan dengan sasaran hanya mengeluarkan 1.5 juta tan karbon dioksida berbanding 3.5 juta tan karbon dioksida oleh Sukan Olimpik Tokyo. Seperkara lagi yang unik ialah kawah ini akan terbang ke langit menggunakan belon setiap kali matahari terbenam sebelum turut semula ke bumi pada jam 2 pagi.

Api Olimpik yang dibawa dari Athens dan dibawa oleh Zinadine Zidane ketika majlis pembukaan masih menyala cuma ia disimpan di tempat lain. Selain tidak mempunyai kawah api Olimpik, Paris juga tidak memberikan penyaman udara di perkampungan atlet sehingga memaksa Amerika Syarikat membawanya sendiri. Sebelum acara bermula muncul laporan atlet Thailand merungut bas yang membawa mereka panas sehingga menyebabkan mereka berpeluh-peluh

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved