
Kawasaki kembali cuba menggugat segmen superbike liter dengan pelancaran Ninja ZX-10R 2026, model terbaharu yang meneruskan legasi tujuh kali juara dunia WorldSBK. Versi kali ini bukan sekadar evolusi, ia satu revolusi dari segi aerodinamik, pengendalian dan teknologi elektronik, dibina untuk satu tujuan utama iaitu menjadi terpantas di litar, namun tetap mesra digunakan di jalan raya.
Reka bentuk baharu ZX-10R kini tampil dengan “muka” lebih garang, dengan lampu projektor kompak, sistem Ram Air yang disemak semula, serta sayap aerodinamik (winglet) besar yang bukan hanya untuk gaya, tetapi menjana 25% lebih daya tekan (downforce) berbanding model terdahulu. Ini memberi kestabilan luar biasa ketika membrek dan masuk selekoh, serta cengkaman lebih baik ketika memecut keluar selekoh.
Enjin empat silinder sebaris yang menjadi jantung ZX-10R terus mengekalkan karekter agresifnya, kini mematuhi piawaian Euro 5+ dan menawarkan respon kuasa lebih halus serta linear. Bagi versi ZX-10RR, komponen dalaman seperti biela dan piston Pankl spesifikasi perlumbaan menjadikannya lebih ringan dan berkeupayaan untuk rev lebih tinggi, ideal untuk pelumba atau pengguna tegar litar.



Sistem suspension Showa Balance Free Fork (BFF) dan BFRC lite di belakang, bersama brek Brembo M50 dan amortiguator stereng Ohlins, melengkapkan pakej prestasi premium. Tambahan pula, paparan TFT 5 inci dengan sambungan aplikasi Rideology The App kini dilengkapi navigasi Turn-by-Turn dan kawalan suara.
Dengan rangkaian bantuan elektronik seperti KTRC, KLCM, KIBS dan Quick Shifter dua hala, ZX-10R 2026 bukan sekadar lebih pantas, ia lebih cerdas dan selamat. Pendek kata, inilah definisi sebenar superbike moden, tajam di litar, praktikal di jalanan.



The post KAWASAKI NINJA ZX-10R 2026 – LEBIH TAJAM, LEBIH AERODINAMIK, LEBIH PANTAS appeared first on TW Media.
