Kawasaki ZX-25R Tiba Pertengahan 2023 – CKD Dengan Lencana Modenas

21 Oct 2022 • 11:58 AM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

image is not available

Sport bike 250cc paling berkuasa di dunia, Kawasaki ZX-25R bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada pertengahan 2023!


Berita baik ini telah diumumkan oleh CEO Modenas, Datuk Roslan Roskan di booth Kawasaki di Litar Antarabangsa Sepang sempena dengan MotoGP Malaysia dan pelancaran beberapa model baharunya di pasaran Malaysia. 

image is not available

Kawasaki ZX-25R Tiba Pertengahan 2023 Dengan Lencana Modenas

Menurut Datuk Roslan, jentera garang idaman ramai ini bakal dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2023.

Ketika ini, Modenas dan Kawasaki masih berbincang dan belum memutuskan sama ada model ini bakal ditawarkan dalam bentuk CBU atau CKD, namun Datuk Roslan menegaskan bahawa model ini besar kemungkinan akan diperkenalkan dalam bentuk CKD.

image is not available

Tambah beliau, mengikut perjanjian kerjasama antara Kawasaki dan Modenas, setiap model Kawasaki yang dipasang di sini bakal dilencanakan semula dengan lencana Modenas, seperti yang berlaku pada Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250.

image is not available

Motor ini juga dikatakan bakal ditawarkan dalam beberapa pilihan varian, menandakan ia mungkin bakal hadir dengan varian standard serta varian SE.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dilakukan pada bahagian ekzos motosikal ini bagi mematuhi piawan serta regulasi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

image is not available

Harga Kawasaki ZX-25R

Datuk Roslan berkata ketika ini, masih belum ada anggaran harga yang bakal ditawarkan pada motosikal ini. Di pasaran Thailand, model ini dijual pada harga 299,000 baht atau (RM36,922).

Walau bagaimanapun, memandangkan ia bakal membawa lencana Modenas dan dipasang di sini, harganya bakal menjadi lebih ‘menarik’ menurut Datuk Roslan.

image is not available

Spesifikasi Kawasaki ZX-25R

  • Enjin: 4st,4 silinder, DOHC, liquid-cooled
  • CC: 249.8
  • Kuasa maksimum: 34.5 kW (46 PS) / 15,500 rpm
  • Kuasa maksimum dengan Ram Air: 35.2 kW (47 PS) / 15,500 rpm
  • Tork maksimum: 22 Nm / 12,500 rpm
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Klac: basah, multi-disc
  • Suspensi: depan – Telescopic fork (upside-down), belakang – Horizontal Back-Link Swing Arm
  • Brek: single disc, (277 mm hadapan, 186 mm belakang)

image is not available

Agak-agaknya berapa harga yang bakal diperkenalkan pada pengendali motosikal prestasi 250cc ini di Malaysia kelak?

View Original Article