Kawasan balak 404 hektar untuk dijual mungkin kerja 'scammer' - JPNK

28 Mar 2024 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara iklan jualan berkaitan balak Gunung Inas di platform Facebook.

ALOR SETAR - Orang ramai diingatkan tidak mudah percaya dengan sebarang jualan kawasan pembalakan dan kayu balak di Kedah yang disebarkan menerusi platform media sosial.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhamad Abdullah berkata, pihaknya bimbang iklan dimuat naik melalui platform terbabit adalah penipuan dalam talian (scammer).

"Ïklan jualan kawasan pembalakan dan balak terbabit dikhuatiri tidak betul dan kemungkinan adalah 'scammer' yang inginkan wang.

"Apa pun, kita akan semak dan siasat dulu mengenai perkara ini.

"Nasihat saya kepada orang ramai supaya tidak mudah percaya ataupun terpengaruh," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, JPNK sedia membantu dan meminta orang awam merujuk kepada jabatan berkenaan untuk sebarang kepastian terlebih dahulu.

Pada Rabu, tular di media sosial berhubung iklan menjual kayu balak berusia 40 tahun dan kawasan pembalakan di Gunung Inas, Baling.

Setiap 0.4 hektar kawasan berkenaan dijual dengan harga RM15,000, manakala RM15 juta untuk kawasan pembalakan berkeluasan seluas 404 hektar.

Pada 4 Julai 2022, lebih 1,000 penduduk terjejas, 17 buah musnah selain mengorbankan nyawa tiga mangsa berikutan bencana aliran puing dan banjir lumpur melanda Kampung Iboi dan kawasan sekitar Kupang Baling.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved