Kawasan perindustrian hijau dibangunkan di Kota Seri Langat tahun ini

25 Aug 2022 • 5:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 OGOS: Sebuah kawasan perindustrian hijau bakal dibangunkan di Kota Seri Langat membabitkan kawasan seluas 220 ekar pada tahun ini, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata projek Compass @ Kota Seri Langat itu menepati faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dan matlamat pembangunan mampan (SDG).

“Kita amat berbangga dengan projek ini kerana menepati dengan kehendak Kerajaan Negeri yang mahu kawasan industri menepati ESG dan SDG.

“Kita di Selangor amat memerlukan kawasan industri yang menepati kriteria ini dalam memastikan kelestarian pembangunan dapat menjaga alam sekitar dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Compass@Kota Seri Langat di Uda Business Park di sini, hari ini.

Menurut Chang Khim projek membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.2 bilion itu dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB), KWEST Sdn Bhd dan AREA Group of Companies (AREA).

Katanya projek tersebut menjadi permulaan yang membanggakan serta berharap para pemaju boleh mengikut jejak langkah sama membangunkan projek seumpama itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved