Kawasan Sungai Rambai tidak lagi sesuai ternak babi

18 Sep 2022 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sungai Rambai berada pada kedudukan pertama sungai tercemar di Malaysia.

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai sungai yang tercemar.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Sembilan bersama pemaju bercadang untuk mengambil semula tanah di sekitar kawasan Sungai Rambai, Lukut, Port Dickson yang sebelum ini diusahakan sebagai kawasan penternakan babi.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, mereka bercadang membeli tanah itu kerana sebahagian daripada kawasan tersebut merupakan Projek Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0).

“Tanah itu pada asalnya diberikan kepada penduduk bagi penternakan babi dan mereka tidak boleh mengusahakan tanah tersebut untuk tanaman lain.

“Selepas kemunculan virus Nipah dan wabak babi Afrika, kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk menghentikan sebarang aktiviti penternakan di kawasan tersebut tetapi masih ada penduduk yang menternak babi secara haram,” katanya kepada Sinar Premium.

Baca berita penuh 'Kawasan Sungai Rambai tidak lagi sesuai ternak babi' di Sinar Premium.