Kawasanku Memudahkan Anda Mengetahui Demografi Di Sesuatu Lokasi Di Malaysia

TechnologyDigital
15 Jun 2022 • 7:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jabatan Perangkaan Malaysia kini dilihat menyediakan sebuah perkhidmatan khusus dinamakan sebagai Kawasanku.

Melalui Kawasanku, data awam disusun dalam bentuk paparan mudah, sekaligus memudahkan orang ramai untuk mengetahui demografi lokasi disekitar mereka dengan mudah.

image is not available

Ini termasuk berkaitan penduduk di sesuatu kawasan, kadar kemudahan awam, tenaga buruh di sana, dan sebagainya. Data yang dihimpunkan adalah melalui Banci Penduduk 2020 yang dilakukan sebelum ini.

Dengan adanya data ini, ia sekaligus akan memudahkan ramai pihak dalam melakukan perancangan dan kajian, termasuk perniagaan dalam merancang memperluaskan atau ingin memasarkan produk. Disamping itu, untuk orang ramai juga, anda boleh menyemak Kawasanku sebelum memilih untuk berpindah ke sesuatu kawasan perumahan.

View Original Article