Realme Menyasarkan Untuk Memasarkan Peranti 5G Pada Tahun Ini

7 Jun 2019 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme merupakan sebuah sub-jenama dibawah Oppo, yang mana sering hadir dengan penawaran peranti menarik pada harga lebih mampu-milik berbanding jenama Oppo itu sendiri.

Terkini, berkongsi perancangan Realme secara ringkas melalui Twitter, CEO-nya mengumumkan yang mana Realme menyasarkan untuk memasarkan peranti 5G mereka pada peringkat global pada tahun ini.

image is not available

Apakah peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi, tetapi ia berkemungkinan adalah sebuah telefon pintar.

Apa pun, ia menjadi persoalan ramai sama ada Realme dapat mengekalkan penawaran harga yang kompetitif untuk produk 5G pertama mereka atau sebaliknya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada pihak Realme tidak lama lagi.