KBS kenal pasti kemudahan sukan di Selangor untuk dibaik pulih

12 Jun 2023 • 3:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 JUN: Kementerian Belia dan Sukan mengakui Selangor antara negeri memerlukan dana untuk menambah baik kemudahan sukan.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata terdapat beberapa bangunan yang memerlukan perhatian penuh dan berada dalam keadaan sukar selepas beberapa siri lawatan.

“Kita akui ada keperluan tinggi terutama di Selangor berhubung pembangunan kemudahan sukan baharu apabila lawatan ke tapak diadakan” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau berhubung keprihatinan Kerajaan Madani untuk merancang menaik taraf beberapa keperluan sukan yang daif di kawasan tersebut.

Terdahulu, menjawab soalan Ganabatirau berhubung naik taraf padang Sultan Sulaiman dan Stadium Pandamaran, beliau memaklumkan kemudahan itu bukan berada di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan sebaliknya diuruskan Majlis Perbandaran Klang (MPK) atau Kerajaan Negeri.

“Hasil semakan kemudahan kolam renang ditutup buat sementara waktu manakala kerja naik taraf padang Sultan Sulaiman selesai dilaksana mengikut maklumat MPK.

“Kementerian belum mempunyai perancangan untuk naik taraf kedua-dua kemudahan ini tetapi wakil rakyat boleh memohonnya melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri untuk dipertimbang tertakhluk peruntukan sedia ada,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved