KBS Komited Pupuk Ekosistem E-Sukan, Mahu Anjur Lebih Banyak Kejohanan Dunia

16 Dec 2023 • 1:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.

KBS komited pupuk e-sukan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia Tenggara.

Beliau ketika ditemui dalam Majlis Sidang Media ESL One Kuala Lumpur 2023 yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel KL pada Jumaat berkata, ia turut berada di bawah Pelan Strategik Pembangunan KBS 2020-2025.

image is not available

“Pelan Strategik Pembangunan Esukan KBS 2020 – 2025, KBS telah menggariskan fokus untuk memupuk ekosistem esukan yang mampan merangkumi pemegang taruh di semua peringkat.
“Ini termasuklah dalam aspek pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan bakat serta penganjuran acara serantau dan antarabangsa di Malaysia, seperti ESL One,”ujarnya.

image is not available

Tambah Adam Adli, ia juga selaras dengan hasrat KBS untuk menjadikan Malaysia sebagai esports powerhouse di rantau Asia Tenggara.

Oleh itu, pihaknya akan menganjurkan lebih banyak acara esukan yang bertaraf dunia seperti ESL One untuk menganjurkan liga dan kejohanan e-sukan mereka di negara ini.

Beliau juga berharap usaha ini dapat memacu pertumbuhan industri esukan yang berterusan dan mampan di Malaysia.

image is not available

Bawa Kejohanan ESL One ke Malaysia

Pengarah Urusan ESL Malaysia di ESL FACEIT Group, Caitlin Kang berkata, pihaknya berbesar hati diberi peluang untuk mempamerkan pasukan DOTA 2 terbaik dunia kepada peminat permainan video tersebut di Malaysia dan dari seluruh rantau.

“Dengan hadiah terkumpul USD 1 ,000,000 (RM 4.6 juta) pada tahun ini dan lokasi yang lebih mudah diakses, kami sedia untuk menyambut ribuan peminat Dota 2 ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, sekaligus meneruskan legasi ESL One di Malaysia,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, ESL bersama KBS menyambut kembali kejohanan ESL One bertaraf global yang dikuasakan oleh Intel® ke Malaysia, selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab esukan Asia Tenggara.

image is not available

Menariknya, tahun ini merupakan tahun keempat kejohanan antarabangsa DOTA 2 tersebut dianjurkan di Malaysia dan berlangsung di arena Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula 11 hingga 17 Disember ini.

Difahamkan, sebanyak 12 pasukan DOTA terbaik dunia bersaing bagi merebut satu daripada enam tempat di Playoffs serta membawa pulang hadiah tunai 1 juta USD (RM 4.6 juta).

image is not available

image is not available

image is not available

Turut hadir bersama, YB Puan Michelle Ng Mei Sze; Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI); Eugene Hong, Pengurus Projek Kanan ESL One; dan JB Hewitt, Pengarah Urusan ESL Asia-Pasifik Jepun.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi about.eslgaming.com dan ikuti ESL Gaming di LinkedIn, Twitter, Facebook, dan Instagram.