KBS patuh nasihat KKM, elak atlet berlatih ketika cuaca panas

6 May 2023 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA SELANGOR, 6 MEI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mematuhi garis panduan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung latihan atlet negara susulan cuaca panas melanda negara ketika ini.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata semua sesi latihan atlet turut dipantau Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini berlaku.

image is not available
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim bercakap kepada media ketika majlis pelepasan larian Bukit Melawati LebaRun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Memang kita terpaksa hentikan beberapa aktiviti dan hanya tumpu kepada latihan biasa oleh atlet dan juga pada waktu sesuai contohnya malam atau pagi.

“Setakat sekarang memang dinasihatkan untuk elakkan (latihan ketika cuaca panas) terutama kalau aktiviti yang tidak melibatkan atlet profesional contohnya pelajar sekolah,” katanya.

image is not available
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim bersama Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli turut menyertai larian Bukit Melawati LebaRun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pelepasan Bukit Melawati Lebarun 2023 yang disertai 1,300 peserta di Dataran Malawati di sini, hari ini.

Acara sukan yang mempromosi kawasan pelancongan sekitar turut disertai Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Sebelum ini, KKM menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti luar rumah sekiranya tiada sebarang keperluan bagi menggelakkan serangan strok haba akibat dedahan haba yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved