KBS perkenal Kod Sukan Selamat 15 Mac ini: Hannah

11 Mar 2023 • 11:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Kod Sukan Selamat Rabu ini yang merangkumi aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.

Menterinya Hannah Yeoh (gambar) berkata kod yang sebelum ini dalam fasa penelitian, kini sudah sedia untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak kementerian.

“KBS akan buat buat pengumuman khas mengenai kod itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Hari Wanita peringkat KBS, di sini hari ini.

“Isu sukan selamat ini bukan untuk kaum wanita sahaja, bahkan juga untuk kaum lelaki, dan selain isu gangguan seksual ia (kod itu) juga membabitkan (isu) buli dan keganasan,“ tambahnya.

Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang. -Bernama