
TAWAU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan memberikan bantuan sepatutnya kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan nama negara, termasuk seorang pemain tenis kelahiran Tawau, Keagan Keith Jonathan Karunagaren.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, bakat anak muda itu perlu diberi perhatian kerana beliau berjaya membuktikan kemampuannya bersaing di peringkat dunia.
“Beliau bukan sahaja jaguh dalam kejohanan di peringkat kebangsaan, tetapi turut memenangi tempat kedua pada kejohanan tenis di Pokhara, Nepal baru-baru ini,”katanya.


