KDA FC belasah Kelantan 5-0

Football
19 May 2023 • 11:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dari kiri, Lee Tuck, Lira dan Hidalgo masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu KDA FC menumpaskan Kelantan FC 5-0 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat. - Foto KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata pada aksi ke-11 Liga Super 2023 apabila membelasah Kelantan FC, 5-0 di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Kesilapan pertahanan pelawat yang tidak mengawal ketua pasukan Sang Kenari, Manuel Ott membawa padah apabila pemain itu menjaringkan gol pembukaan, meletakkan tuan rumah 1-0 di hadapan pada minit ke-16.

Jaringan tersebut berjaya meningkatkan motivasi KDA FC yang mahu memburu tiga mata di laman sendiri dan Lee Tuck berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27 untuk kedudukan 2-0 selepas menerima hantaran menarik daripada Manuel Hidalgo.

Tuan rumah terus menjarakkan kedudukan kepada 3-0 menerusi Hidalgo selepas memanfaatkan hantaran Willian Lira sebaik perlawanan memasuki minit ke-46.

KDA terus menambah jaringan menerusi Lira apabila penyerang dari Brazil tersebut mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk kedudukan 4-0 pada minit ke-59.

Pengadil, Razlan Joffri Ali menghadiahkan sepakan penalti itu selepas pertahanan Kelantan terjatuh dan bertindak memegang bola dalam kotak penalti.

Jonathan Balotteli menutup malam gemilang Sang Kenari dengan gol pada minit ke-89 untuk kedudukan 5-0 apabila melakukan larian solo menewaskan penjaga gol pelawat, Nik Mohd Amin Ahmad selepas menerima hantaran daripada Lira.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved