KDA FC, Negeri Sembilan cemerlang raih tiga mata

Football
9 Sep 2022 • 10:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Negeri Sembilan Matheus Alves (dua, kanan) cuba melepasi pemain Sarawak United pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini.

image is not available
Mahmoud meraikan jaringannya ketika bantu KDA FC tewaskan Melaka United. - Foto FB KDA FC

MASALAH tunggakan gaji yang melanda pasukan Melaka United (MU) nyata memberi kesan kepada persembahan pasukan tersebut apabila tumpas 3-0 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sang Kenari berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi rembatan Mahmoud Al-Mardi.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya mendapat beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan namun gagal disempurnakan dengan baik sekali gus kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, KDA FC terus melakukan asakan dan berjaya menggandakan kedudukan menerusi pemain gantian, Fayadh Zulkifli pada minit ke 83.

Mahmoud memastikan kemenangan selesa menerusi jaringan pada minit ke-89 dan kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat.

**media[1905048]**

Dalam satu lagi aksi Liga Super, Negeri Sembilan yang dikendalikan K Devan berjaya memastikan tiga mata dalam genggaman selepas menewaskan Sarawak United 3-2 di Stadium Paroi.

Gol-gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Gustavo Dos Santos pada minit 17 dan 67 dan Matheus Alves pada minit ke-80.

Bagi Sarawak United pula, dua jaringan mereka itu terhasil menerusi Raja Imran Shah Raja Amin pada minit ke-30 dan pemain gantian, Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-86.