
Kota Kinabalu: Majlis Belia KDCA/ KDCA Youth Council (KYC) berharap pihak KDCA memandang serius pendapat netizen mengenai Kaamatan, demi penambahbaikan acara di luar dan dalam Dewan KDCA sepanjang bulan Kaamatan.
Pengerusinya, Steve Johnny Mositun, berkata saban tahun ada sahaja perkara yang dibangkitkan netizen menerusi laman media sosial setiap kali berlangsungnya sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan KDCA.
Menurut Steve, antara yang hangat diperkatakan tahun ini sehingga menjadi kotroversi ialah soalan kepada seorang finalis pertandingan Unduk Ngadau, sehingga mendapat kritikan hebat oleh netizen.
