KDEBWM guna 13 tong RORO, dua jentera bersihkan timbunan sampah di Sijangkang

4 Jan 2023 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 JAN: Masalah longgokan sampah di Jalan Batu 7 Sempadan, Sijangkang, Kuala Langat dibersihkan KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan sebanyak 13 tong Roll On Roll Off (RORO) dan dua jentera digunakan semasa kerja pembersihan.

“Pagi tadi, operasi pembersihan tempat pembuangan sampah Jalan Batu 7 Sempadan, Kampung Sijangkang telah dilaksanakan oleh KDEBWM,” katanya menerusi Facebook.

image is not available
Keadaan kawasan pembuangan sampah Jalan Batu 7 Sempadan, Sijangkang setelah dibersihkan KDEB Waste Management (KDEBWM) pada 4 Januari 2023. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat

Turut hadir dalam operasi berkenaan iaitu Ahli Majlis MPKL Rogayah Ibrahim, Ketua Kampung Sijangkang Sohaini @ Mohd Suhaimi Md Kamel dan Eksekutif Operasi KDEBWM Kuala Langat Mohd Hafizh Mahzan.

Pihak berkuasa tempatan itu memohon kerjasama penduduk sekitar untuk bersama menjaga kebersihan dan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Kesihatan dan Persekitaran MPKL melalui talian 012-300 4847.