KDEBWM kutip 5,028 tan sampah pukal di tiga PBT sempena Tahun Baharu Cina

22 Jan 2023 • 4:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip sebanyak 5,028 tan sampah pukal dalam tempoh dua minggu di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata kutipan sampah pukal tersebut melibatkan 875 lokasi di Klang, Subang Jaya dan Shah Alam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

‘KDEBWM menjalankan kutipan pukal seperti biasa di setiap kawasan PBT, tetapi tong Roll On Roll Off (RORO) disediakan setiap musim perayaan. Fokus kutipan sampah pukal ialah di kawasan majoriti penduduk yang menyambut perayaan tersebut.

“Bagi ketiga-tiga kawasan ini, sejak awal Januari sebanyak 3,352 perjalanan dibuat dengan kumulatif berat kutipan sebanyak 5,028 tan,” katanya dihubungi SelangorKini.

Jelas Ramli, bagi sesetengah kawasan pula, PBT masing-masing yang menguruskan sendiri sampah pukal sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Perbincangan dibuat bagi mengenal pasti kawasan memerlukan kutipan pukal perayaan dan kita sentiasa memastikan dapat memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved