Anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dari Subang Jaya, Selangor bersama-sama berbuka puasa pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Selasa.
Dua pekerja KDEBWM melakukan persediaan dengan membentangkan tikar sebelum majlis berbuka puasa.
Ramli (lima dari kanan) bersama anak-anak yatim.
Seorang pekerja KDEBWM mengangkat tikar untuk dibentangkan sebelum majlis berbuka puasa.
Ramli bersama beberapa kakitangan KDEBWM berbuka puasa bersama tetamu yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.
Ramli (empat dari kiri) bersama kakitangan KDEBWM yang hadir berbuka puasa pada Iftar Ala Madinah@Karangkraf.
Ramli (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir.
Ramli menyampaikan tazkirah bertajuk Elak Pembaziran Makanan, Pulihara Alam Sekitar kepada tetamu yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf sebelum berbuka puasa.
SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyertai dan meraikan orang ramai yang berbuka puasa semasa program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Selasa.
Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, KDEBWM memberikan 500 pek makanan dan ia merupakan inisiatif kebajikan syarikat berkenaan bersempena mengambil keberkatan bulan Ramadan.
**media[2153716]**
**media[2153715]**
Sempena program itu, KDEBWM turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan duit raya kepada 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dari Subang Jaya, Selangor.
**media[2153718]**
Menariknya, seramai 150 kakitangan KDEBWM turut menyertai program iftar itu dan Ramli tidak melepaskan peluang untuk memberikan tazkirah kepada tetamu yang hadir sebelum majlis berbuka puasa.