KDEBWM sumbang tong sampah mudah alih, tambah baik pengurusan sisa

16 Aug 2023 • 10:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 OGOS: KDEB Waste Management (KDEBWM) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang tong sampah kepada Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL).

Syarikat pengendalian sisa pepejal dan pembersihan awam negeri itu memaklumkan agihan lima unit tong sampah mudah alih (MGB) 660 liter dibuat KDEBWM cawangan Kuala Langat semalam.

“Semoga sumbangan tong sampah ini dapat menambah baik pengurusan pembuangan sampah domestik di sekitar IKBNKL.

“Diharap orang ramai juga membuang sampah di tempat yang telah disediakan,” katanya di Twitter.

Sumbangan disampaikan Ketua Operasi KDEBWM cawangan itu Adzmi Idham Abd Halim kepada Pengarah IKBNL Dr Puteh Melor Wesma Salehen.