KDM seru kerajaan segera bina hospital di Penampang

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinni Juanis

PENAMPANG: Penampang terdesak untuk memiliki sebuah hospital yang lengkap untuk memenuhi keperluan jumlah penduduknya yang meningkat setiap tahun, kata Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony.

Beliau menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan hospital itu memandangkan pembangunan semakin pesat di daerah ini dan penaikan taraf Penampang kepada Majlis Perbandaran baru-baru ini.

“Kalau saya jadi Ketua Menteri, hospital di Penampang ini akan menjadi keutamaan saya dan akan terus diluluskan untuk pembinaannya serta merta,” katanya kepada kira-kira 200 penyokong di Kampung Kolopis di sini pada Sabtu.

Peter merasmikan pelancaran jentera pilihan raya kawasan DUN Moyog dan Parlimen Penampang di Kg Kolopis yang dihadiri oleh timbalannya dan ketua cawangan KDM Penampang.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Beliau juga menerima penyertaan keahlian penduduk Kg Kolopis dalam KDM.

Katanya, hospital di Penampang jika suda dibina akan membantu mengurangkan kesesakan orang ramai yang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu setiap hari.

“Sudah terlalu lama penduduk di Penampang merayu supaya pusat perubatan ini dibina kerana klinik yang ada sekarang tidak lagi dapat memberikan khidmat yang berkesan. Kesesakan pesakit dan tiada tempat letak kereta menambahkan lagi kesengsaraan.

“Berapa lama lagi mereka bertahan dengan kesusahan itu? Dengan pelbagai masalah yang mereka hadapi seperti banjir dan tiket membayar parking, bilakah mereka akan dapat menikmati hidup dengan selesa,” katanya.

Ketika ini Penampang hanya memiliki poliklinik serta beberapa klinik desa dan sudah bertahun lamanya mereka mengadu klinik itu sentiasa sesak. Mereka juga merungut masalah ruang letak kereta tidak mencukupi hingga jalan raya menuju klinik penuh.

Baru-baru ini, Penyelaras Parti Anak Negeri bagi Pantai Barat Dr Edwin Bosi berkata, penduduk Penampang meningkat daripada 86,621 orang pada 2000 kepada 165,700 pada 2023.

Beliau juga memberitahu cadangan membina sebuah lagi Klinik Kesihatan Kelas 3 (KK3) di Donggongon beberapa tahun yang lalu, mesti dipercepatkan.

Dalam klasifikasi klinik kesihatan Malaysia, apabila bilangan purata kedatangan sehari di klinik seramai 300-500 pesakit ia dikategorikan sebagai Klinik Kesihatan Kelas 3 (KK3). Kategori ini antara lain disediakan dengan fasiliti OPD, dental, rehab, X-Ray, makmal dan farmasi.

Klinik KK3 kata Dr Bosi, adalah jawapan kepada keperluan jumlah pesakit yang semakin ramai dan akan melengkapkan Poliklinik Penampang sedia ada.

“Pembinaan awal klinik Kelas 3 di Donggongon adalah penting. Saya harap ini bukan sekadar janji pilihan raya,” kata Dr Bosi merujuk kepada pengumuman pembiayaan sebanyak RM50 juta pada April tahun ini.

Cadangan membina hospital ini pernah diusulkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi diberitahu terdapat kelewatan melaksanakannya. Ketika itu menteri yang bertanggungjawab dalam projek itu memaklumkan tanah itu sudah ditebus.

Fasa 1 untuk menyediakan tapak bermula pada 2013 dan siap pada 2015. Malangnya, sehingga hari ini dan selepas 15 tahun penebusan tanah bermula, belum ada tanda-tanda pembinaan apa-apa jenis pembinaan di atas hartanah ini

Menurut Peter, beliau sedar dengan situasi di poliklinik itu dan pesakit perlu sabar kerana menunggu sangat lama sebelum menerima rawatan.

Projek membina klinik di daerah ini adalah salah satu agenda utama yang diletakkan di dalam Jawatankuasa Pemantauan Projek-Projek Berimpak Tinggi di Penampang pimpinan Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Projek lain dalam jawatankuasa itu adalah pembinaan baru Tamu Donggongon, projek Pan Borneo, projek sekolah dan tebatan banjir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.