‘KDMR tak mampu berpecah-belah’

Politics
11 Jun 2024 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

PITAS: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyeru ahli parti itu untuk terus bangkit, bersatu, dan tidak berpecah-belah antara satu sama lain.

Beliau berharap agar semua ahli dapat memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan menyokong siapa sahaja yang akan dicalonkan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kalau kita tidak bersatu dalam politik, ini akan memudahkan pihak lawan memenangi pilihan raya. Misalnya pada PRN lalu, di sini sahaja terdapat 10 calon Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) dan pihak lawan pada masa itu menang dengan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bengkoka di Dataran Futsal Bengkoka, dekat sini pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Seramai 569 delegasi menghadiri AGM tersebut.

Joachim, yang juga Timbalan Ketua Menteri II, turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Bahagian Dr Samuil Mopun dan ahli jawatankuasanya kerana berjaya menambah jumlah ahli aktif.

“Daripada hanya 1,002 orang pada 2020, mereka kini mempunyai keahlian melebihi 4,000 yang aktif dan saya percaya jumlah tersebut masih boleh ditingkatkan lagi,” katanya.

Joachim berkata, Kerajaan GRS kini sedang memberikan fokus kepada usaha menuntut hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi rakyat Sabah.

Katanya, selama Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Sabah iaitu dalam tempoh 20 tahun, hak-hak Sabah seperti 40 peratus tidak diutamakan.

“40 peratus yang dituntut adalah hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada wilayah Sabah sendiri dan bukannya daripada negeri lain di Semenanjung,” jelas beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.

Hadir sama ialah pemerhati daripada rakan komponen GRS antaranya Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Bengkoka, Maklin Masiau; wakil Parti Maju Sabah (SAPP), Dr Bristol Mokujal; Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Sotijin Juhui; Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut; Ahli Majlis Tertinggi PBS, Goon Thien Shang dan Pengerusi Penganjur, Sungkim Rumangun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.