KDN akan keluar arahan pentadbiran baharu isu kalimah Allah

9 Oct 2023 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan arahan pentadbiran baharu berkaitan isu penggunaan kalimah Allah selepas hasil libat urus bersama pihak berpentingan dibawa menghadap Majlis Raja-Raja, kata menteri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, arahan pentadbiran itu boleh diguna pakai selepas mendapat input daripada mesyuarat tersebut yang akan berlangsung bermula 25 hingga 27 Okt ini.

“Perkara berkaitan agama Islam, raja adalah pihak berautoriti, kena bentang di sana, apa-apa input di sana, jika ada pandangan tambahan, akan dihantar balik semula ke KDN untuk diteliti dan akan jadi panduan untuk merangka arahan pentadbiran, gunanya bertujuan mengurus hal seperti ini.

“Kalau (berlaku) hal berkaitan bagaimana selesaikannya. MRR adalah pihak berkuasa agama tertinggi agama dalam negara,” katanya dalam sidang media di pejabat KDN.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Katanya, sesi libat urus itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi 10 Mac 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman wanita beragama Kristian dikenali Jill Ireland yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Libat urus itu katanya bermula dengan pertemuan KDN bersama kumpulan cendekiawan Islam, diikuti ahli akademik, aktivis perundangan sivil dan syariah.

“Diikuti badan pengurusan syariah dan terakhir yang berlangsung hari ini bersama badan keharmonian antara agama. Agendanya ialah membantu KDN ke arah mewujudkan arahan pentadbiran baharu, ekoran keputusan Mahkamah Tinggi, membabitkan Jill Ireland, amalan sebelum ini tak boleh diguna pakai lagi.

“KDN sebagai agensi kawal selia pelbagai agensi di lapangan dan dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan sendirinya menjadikan arahan pentadbiran lama berkait penerbitan dan bahan agama lain, menjadikan ianya perlu kita selesaikan

“Ianya adalah ke arah mewujudkan arahan pentadbiran baharu bagi kita dapatkan input kumpulan sasaran yang disebutkan,” kata Saifuddin lagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.