KDN buka tender selenggara kapal terbang, helikopter Pasukan Gerakan Udara PDRM

LocalPolitics
22 Jul 2025 • 12:54 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KDN buka tender selenggara kapal terbang, helikopter Pasukan Gerakan Udara PDRM

image is not available

22/07/2025 - 12:54

Helikopter Leonardo AW139 PDRM. Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuka 3 tender berasingan kepada syarikat yang layak bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan sokongan logistik pesawat-pesawat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia membabitkan pesawat Beechcraft King Air 350 serta helikopter AS355 Ecureuil dan Leonardo AW139 yang dioperasikan Pasukan Gerakan Udara PGU PDRM.

Bahagian Perolehan KDN menerusi paparan iklan pada laman web ePerolehan Kementerian Kewangan bagaimana pun tidak menyatakan nilai kontrak.

Menerusi paparan tersebut, tiga tawaran kontrak ini dibuka pada 21 Julai sehingga 18 Ogos depan.

image is not available
Pesawat Beechcraft King Air 350.

PDRM menerima 5 buah pesawat Beechcraft King Air 350 buatan Amerika Syarikat pada 2013 untuk kegunaan PGU.

Pesawat berkenaan dibeli bagi menaiktaraf keselamatan udara negara.

AS355 Ecureuil pula merupakan helikopter ringan yang lasak, serba boleh dan menjadi pilihan banyak pasukan keselamatan termasuk tentera di dunia.

Sejak 30 tahun lalu helikopter ini menjadi mata dan telinga PDRM semasa melakukan operasi udara termasuk rondaan dan pengawasan cegah jenayah.

image is not available
Helikopter AS355 Ecureuil.

image is not available

Bagaimana pun, sebuah helikopter AS355 Ecureuil terbabit dalam nahas apabila terhempas semasa penerbangan latihan berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di Johor pada 10 Julai lalu.

PGU PDRM ketika ini mengoperasikan 5 buah helikopter Leonardo AW139 yang diterima pada tahun 2015 dan 2016.

Ini setelah sebuah helikopter tersebut dalam nahas di Tawau, Sabah pada 2019. - DagangNews.com

featured standard