KDN Cadang Guna MyDigital ID, Bayar Saman Trafik

LocalTechnology
21 Apr 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan MyDigital ID secara meluas dalam urusan pembayaran saman trafik.

Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun penggunaan MyDigital ID tidak diwajibkan namun ia termasuk dalam dasar kerajaan.

"Kerajaan juga bersetuju melakukan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi membolehkan penggunaan MyDigital ID bagi memastikan peningkatan penggunaan aplikasi itu pada masa akan datang. Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan belum diluluskan di Parlimen.

image is not available

"Kita menggalakkan mereka (pengguna) menggunakan aplikasi itu bagi mengesahkan identiti dalam satu urusan," katanya.

Menurutnya, jika sebelum ini, JSPT bermurah hati memberi tawaran diskaun saman sehingga 50 peratus namun bagi mereka memiliki aplikasi itu, bermungkinan akan mendapat diskaun 55 peratus.

"Untuk mendaftar MyDigital ini mudah sahaja hanya menggunakan telefon bimbit dan sekejap sahaja proses pendaftaran," katanya.