‘KDN FC selesa status bukan pasukan pilihan’

Football
29 Mar 2024 • 8:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Oday Kharoub

PEMAIN import Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Oday Kharoub menganggap pasukannya akan turun selaku 'underdog' dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Justeru, pemain import dari Palestin itu mengakui sebagai pasukan bukan pilihan, mereka perlu melipatgandakan usaha dan tidak memberikan laluan mudah kepada pasukan lain.

“Kita (pemain) perlu menunjukkan kekuatan supaya setiap pasukan akan sentiasa berwaspada dengan kelebihan yang kita miliki.

“Sekarang, latihan berjalan dengan lancar, tempoh ini sangat penting sebagai persediaan kerana semua usaha kerja adalah 100 peratus berbentuk fizikal bagi mencapai tahap kesediaan tertinggi sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia,” katanya menerusi penterjemah baru-baru ini.

Oday turut menuntut rakan sepasukan menetapkan matlamat tinggi supaya setiap kelab yang beraksi dalam Liga-M sentiasa berfikiran bahawa adalah sukar apabila menentang KDN FC.

“Sebagai pemain import sudah jelas cabaran utama adalah membantu KDN FC menjadi pasukan yang kuat dalam setiap perlawanan,” katanya.

Oday berkata beliau juga tidak berdepan masalah berkomunikasi dengan rakan sepasukan selama berada hampir tiga bulan di bumi Kelantan.

“Sekarang, saya masih menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan bukan menjadi masalah. Setiap pemain tahu tugas masing-masing. Ini sangat memudahkan komunikasi dengan melaksanakan setiap arahan daripada jurulatih,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved