KDN rampas lapan buku disyaki ada unsur komunisme

24 Nov 2023 • 11:47 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan naskhah buku disyaki mengandungi unsur komunisme dalam pemeriksaan di sebuah premis di Petaling Jaya dekat sini, semalam.

KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan selepas menerima maklumat berkaitan penjualan buku terbabit.

“Tindakan penahanan penerbitan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) yang membolehkan penguat kuasa KDN menahan apa-apa hasil penerbitan yang disyaki menyalahi undang-undang untuk tujuan kajian lanjut,” katanya.

KDN berkata ia komited menjalankan tanggungjawab mengawal selia penerbitan di dalam negara khususnya penerbitan yang disyaki mengandungi elemen mengganggu-gugat ketenteraman awam, moral, keselamatan, menggemparkan pemikiran orang ramai, berlawanan dengan undang-undang, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa.

Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan hasil penerbitan tidak diingini dengan menghubungi talian 03-8000 8000/8889 3145, e-mel kepada aduanpk@moha.gov.my atau melalui laman sesawang www.moha.gov.my. - 24 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved