KDN sahkan ada ahli GISBH masih amalkan ajaran sesat

LocalPolitics
15 Oct 2024 • 5:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Semalam, anak kepada pengasas kumpulan ajaran sesat Al-Arqam, Khaulah Ashaari, menegaskan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah meninggalkan semua ajaran sesat tersebut dan telah mengikuti kursus 500 jam yang diaturkan oleh pihak berkuasa agama.

Beliau berkata, penyertaan dalam kursus itu sebagai bukti kesungguhan mereka meninggalkan ajaran sesat tersebut dan tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula mengesahkan ada ahli dan pengikut GISBH mengaku masih mengamalkan ajaran tersebut, berdasarkan hasil soal siasat yang dilakukan terhadap ahlinya yang ditahan.

“Kalaupun ada kenyataan di luar yang menyebut bahawa mereka sudah pun tidak lagi mengamalkannya, itu kenyataan mereka.

“Kita hanya bercakap berasaskan kepada butiran dan dapatan siasatan yang berlaku,” katanya memetik laporan Sinar Harian, Selasa, 15 Oktober 2024.

Dalam sidang media semalam, ketika ditanya mengenai kemungkinan terdapat ahli GISBH yang masih mengamalkan ajaran sesat tersebut, Khaulah menjawab perkara itu di luar pengetahuannya dan menegaskan mereka sentiasa dipantau oleh pihak jabatan agmaa.

“Kalau itu, saya tak tahu, kami sentiasa dipantau untuk pastikan tidak berlaku lagi amalan-amalan sebegitu,” katanya.