
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mungkin mengembalikan koleksi jam tangan “pelangi” Swatch yang dirampas dari 11 butik syarikat Switzerland itu kira-kira seminggu lalu, FMT difahamkan.
Sumber memberitahu, kementerian akan mempertahankan tindakan merampas jam tangan itu walaupun menerima kecaman beberapa pihak.
Ketua Pegawai Eksekutif Swatch, Nick Hayek, berkata syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang bagi mendesak koleksi jam tangan “Pride Collection” yang dirampas dikembalikan.
Difahamkan, serbuan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menerbitkan bahan dianggap mengganggu ketenteraman awam, moral, keselamatan dan kepentingan awam atau negara.
SPONSORED CONTENT Carlsberg’s special edition cans feature Sabah, Sarawak wonders Kota Kinabalu: Carlsberg Smooth Draught Celebrates raises its special-edition cans to Borneo with tattoo art by local artists commemorating Sabah and Sarawak’s natural wonders. Read more Sumber memberitahu FMT, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail sudah diberi taklimat berhubung rampasan itu.
KDN sebelum ini dilaporkan menyerbu 11 butik Swatch di seluruh negara pada 13 dan 14 Mei, serta merampas koleksi jam tangan itu.
Serbuan itu dilaporkan susulan warganet mengaitkan koleksi berkenaan dengan sokongan kumpulan rock Britain, Coldplay, terhadap masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz, menggesa Saifuddin menjelaskan pendirian Putrajaya berhubung serbuan itu dan melahirkan kebimbangan dengan “kesamaran” terhadap apa yang boleh ditafsirkan sebagai “berbahaya”.
“Adakah kita akan mula menyerbu semua kedai yang menjual apa-apa dengan hiasan pelangi/’pride’, termasuk perniagaan kecil?,” kata Adun Puteri Wangsa itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


