KDN tamatkan kontrak NIISe kendalian Iris Corp berkuat kuasa serta-merta

Business & Finance
14 Aug 2023 • 7:08 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KDN tamatkan kontrak NIISe kendalian Iris Corp berkuat kuasa serta-merta

johardy

14/08/2023 - 19:08

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Iris Corp Bhd mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan kontraknya untuk Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Iris berkata, anak syarikat milik penuhnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS), yang dikontrak sebagai pemaju untuk sistem imigresen baharu itu, hari ini menerima notis daripada Kementerian bertarikh 10 Ogos 2023, mengenai penamatan kontrak tersebut.

Iris berkata ia sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam caranya dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingannya dan melaksanakan hak undang-undangnya berhubung kontrak itu.

Penamatan Kontrak NIISe dijangka memberi kesan kepada prestasi kewangan Kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

"Bagaimanapun, sejauh mana kesannya tidak dapat dipastikan dengan pasti pada masa ini," kata Iris.

Syarikat itu menambah bahawa penamatan itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan operasi material ke atas kumpulan itu.

Ketika pasaran saham ditutup hari ini, Iris didagangkan tidak berubah pada 8.5 sen sesaham dengan 2.53 juta saham didagangkan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved