Keadaan Ahmad Zahid semakin baik: PM

Politics
25 Nov 2023 • 2:04 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan tahap kesihatan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan akan kembali memulakan tugas dalam masa terdekat.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini, Anwar berkata beliau sempat menziarahi Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir merasmikan karnival berkenaan.

“Saya ingin menyampaikan salam daripada Ahmad Zahid yang sekarang Alhamdulillah telah bertambah sihat.

“Kalau ikutkan dia nak datang, tetapi saya bagi arahan tak boleh hadir sebab dia perlu masa untuk berehat sedikit,” katanya.

Khamis lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah memuat naik catatan di Facebook rasminya bagi memaklumkan bahawa beliau dalam tempoh berehat selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan pada 16 November lalu. - 25 November, 2023

The post Keadaan Ahmad Zahid semakin baik: PM appeared first on Scoop.