Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih

31 Dec 2023 • 8:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa kini menurun kepada 118 orang mangsa daripada 34 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi ini.

Kesemua mangsa telah dipindahkan ke tiga PPS yang masih dibuka di dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Kuala Nerus.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 112 mangsa daripada 33 keluarga sudah dipindahkan ke dua PPS yang telah diaktifkan.

"Mangsa banjir di daerah Kuala Nerus pula kini melibatkan satu keluarga terdiri daripada enam orang dan semua mereka ditempatkan di sebuah PPS yang diaktifkan di sana," kata kenyataan itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, dua PPS yang masih dibuka di Dungun ialah Dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati.

Tambah kenyataan tersebut, PPS yang dibuka di Kuala Nerus ialah Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved